Thursday, October 20, 2011

nak balik rumah...

exam dah habis seminggu yang lepas. legaaa. result pun dah separuh yang keluar. alhamdulillah setakat ni semua lulus je. tapi takut pointer menurun. uhh, ape ape je la. bende dah lepas, tak gune nak menyesal dah. tu la, suruh belajar rajin rajin taknak. pemalasss je. kan dahh...


hmm... sekarang dah masuk cuti sem. hati ni rase nak balik, tapi disebabkan lesen kereta still lagi tergantung. aku ingat nak habiskan je sebelum raya haji ni. tu pun kalau sempat. sebabnye, aku dah malas nak kacau sem depan. aku nak fokus sikit. sikit je. huhu. lagipun, aku rase sem depan dah terdesak untuk ade transport. so, better aku habiskan je lesen ni sekarang. senang di kemudian hari. ye tak ?


habis la cepat cepat, then aku nak balik rumah ke kampung ke, mane mane je la. nak tenangkan fikiran. banyak sangat benda yang serabut sedang bermain difikiran aku sekarang ni. so, jalan terbaik ialan berada dengan family. kan ?





S E D I H . . .

Friday, October 7, 2011

Exam Ohh Exam !

otak aku dah sampai takat tepu. tolong laaa. aku dah tak sanggup lagi. tolong la cepat pergi dari hidup kuuu.

Friday, September 2, 2011

Raya Tak Best !

raya ke-4 dah balik rumah ? ape cite ?

kesimpulannye, raya tahun ni memang sangat sangat tak best.

kenape ?

tak rasa kemeriahan raya tu. then cuti sekejap sangat. mana boleh macam ni !

dah la naik naik cuti ni terus ade test, kem. kepala hotak kau lahhh ! grrr !!!

sedih tau, sedih ! dah la raya tu satu satunye chance nak balik kampung lame lame. hmm.





tak best ! tak best !



;"((

Friday, August 26, 2011

My Birthday...

dah seminggu pun berlalu. aku baru nak cite sekarang. but anyways, birthday aku taun ni la yang paling memberi kenangan pada aku. atau maybe lepas ni ade yang lagi dasyat. insyaAllah. hehe.



ape yang terjadi semasa birthday aku ?




jeng jeng jeng...



aku di baling telur, air tepung dan disimbah air sebaldi. sedap ahh. semua ni angkara housemate aku dan idea mamat bengong ku. haha. tapi diorang memang buat special punye. cause, orang lain biasanya buat time 12 malam birthday. tapi diorang buat untuk penutup birthday aku. maksudnye ? macam ni, birthday aku jatuh pada 19 August of course. hari jumaat. means nye disini, sepanjang birthday aku dihari jumaat tu, takde ape yang terjadi. just wish je yang aku dapat. tapi, rupa rupanye malam tu ade surprise yang menanti aku. memang sangat surprise la. sebab aku dah memang fikir takkan ade ape yang terjadi. huhu. dah la, macam keling dah aku cite. haha.



al kisah...



malam surprise tu dibuat. aku lepak di library dengan mamat bengong. aku memang taktau ape yang akan terjadi. dalam pukul 12 malam, mamat tu hantar aku balik. aku tengok rumah semua gelap je. aku ingat semua orang dah tido. tapi pelik jugak. sebab awal sangat pun. buang tebiat ape minah minah ni. haha. aku pun bukak la pagar nak masuk rumah. dalam on the way nak masuk tu, aku nampak salah sorang housemate aku menyorok disebalik ampaian baju. terkejut ! lagi la buang tebiat minah ni, tengah malam gelap gelap menyorok kat ampaian. nak kene rasuk ke ? huhu. dan secara tiba tiba, ade orang tangkap aku dari belakang, dan aku rasa basah kat muka aku. aku dengar ramai ramai jerit. tibe tibe ade bau telur, sape la yang baling telur kat muka aku ni ? haha. memang sangat sangat terkejut, blur, sakit jantung. uhhh. menggigil tangan aku.




then diorang pun nyanyi la lagu happy birthday kat aku. birthday aku nak habis dah pun time tu. sebab tu di name kan surprise penutup. huhu. dah potong potong kek. diorang comotkan pulak muka aku dengan kek tu. memang dibuli habis habisan. haha.




banyak gambar diorang amik time tu. tapi tak boleh nak masukkan semua. 18PL. haha. aku tak pakai tudung la. censored sikit ye. tundung aku ntah tercampak kat mane disebabkan simbahan air, telur bagai. aku hanya boleh masukkan beberapa gambar je.



dah macam kene tangkap basah. haha



lawa... pandai dia pilih. i love you. :)



belambak belon dalam rumah.



housemate aku la yang buat semua ni jadi happening. tanpa diorang, surprise ni takkan jadi. sayang korang sangat sangat ! :)



itulah ceritanya. aku pun dah ngantok ni. dah pukul 3 pagi ni. aku tak tido tido lagi. dah la esok nak balik kampung, jalan jauh. memang membuta je la aku. anyways, TAK SABARNYA NAK BALIK KAMPUNG !!!



hee, over sangat ke ? tak kan ? :p

Sunday, August 14, 2011

Manje...

lagi 2 minggu nak cuti. tak sabar rasanya. nak balik kampung. nak jumpe dengan buah hati buah hati, pakwe pakwe, boyfriend boyfriend yang tercinta. yang comel comel. haha. nak hug hug, kiss kiss puas puas. hehe.





rindunye mereka ! muahx muahx !

Monday, August 1, 2011

I Miss You So Damn Much, Babyyy...

cuti kan sekarang ni ? kan kan ? ye la, cuti. hmm... baru tak jumpe 4 hari. rindu macam nak mampos. huhu. ni kan lagi nak mengharungi seminggu tanpa si mamat bengong tu. huaa. *jiwangnye, geli makk. huhu. nasib baik cuti seminggu je. kalau sebulan, dua bulan, tiga bulan, setahun ? omaigoddd ! tak sanggup aku...


hmm, bape hari je lagi. sabar la ye. :)





psst, feeling jap. hee








*geli sungguh post kali ni. haha

Berjaya...

aku berjaya puasa ! memang la berjaya. kalau tak berjaya, buat malu je jadi orang dewasa. kalah dengan budak tadika. huhu. actually, aku berjaya puasa tanpa rasa kebulur nak mampos macam yang aku selalu rasa. mungkin belaan aku tu tak mengamok pun bulan puasa ni. baik je die. tapi time buka, makan tetap makan. aku makan nasi ayam. psst, ayam tu 2 ketul. habis sebungkus nasi. dengan air ribena. nyum nyum. kenyang. tapi sekarang ni aku rasa nak makan trophy ice cream. ade 2 batang dalam peti ais tu. hee.


okay la. aku nak skype dengan Afimuse. *sambil makan ice cream. hee.


buhbye !

Sunday, July 31, 2011

Diet

sesungguhnya, puasa itu ialah diet yang terbaik...


perh, tibe tibe je. haha. saje je, memandangkan esok dah nak puasa. orang semua tengah pergi solat terawih. aku je yang liat nak mampos. haha. dari dulu lagi kot. selama aku hidup di dunia ni, baru sekali je aku pergi solat terawih. masa form 5. tu pun sebab sekolah yang buat dan wajib pergi kot. see, betapa teruknye aku. huhu. tapi taktau la esok lusa tulat aku pergi ke tak. depends on time. every person can make a change right. :)



well, sorang sorang kat rumah ni, ape lagi. buat keje jahat la. haha. takde la. online je la. fb, twitter, skype, blog. fuhh, penat.



actually aku dari tadi lagi rase nak makan. dah nak dekat puasa pun kebulur macam nak mampos. 'belaan' aku ni taknak blahh lagi ke. huhu. kat atas meja tu ade nasi paprik, nasi pataya, tomyam. bapak aku beli tadi. aku nak habis kan semua boleh ? bapak aku balik je, aku buat la muke taktau. haha.



takpe la, esok dah puasa. makan la puas puas. lepas ni berdiet la pulak. means puasa la. boleh la aku kurangkan berat badan dan buang segala kebuncitan yang ada. aku nak slim balik. huaa... tapi aku ni jenis tak berminat nak diet. so puasa je la jalan terbaik. ye tak ? paling kurang dapat macam ni pun jadi la...




haha, takboleh blahh. melampau !




ape ape pun, kite tengok la result lepas ni ye. kalau makin gemok, memang aku melantak la time berbuka tu. ohh tidak !

haih, okay laa... gua nak pergi makan ni. buhbye ! :)

Saturday, July 30, 2011

Helping My Brother

tomorrow, im gonna help my brother. help him to do what ? sneak out ? stealing ? robbing ? raping ? watching porn ? ohhh, no no no... im gonna help him to do his homework la. no negative thinking haa. :p


sungguh kesiannn, homework die belambak sangat. aku sebagai seorang kakak dan bekas pelajar sekolah, i know how the feeling when dealing with so many homework. dengan malasnye, penat lagi lahhh. so, aku nak la ringankan beban die. tak sanggup pulak tengok walaupun sebenarnye aku memang nak tengok die susah pun. *kakak yang jahat kan. haha.



well, itu la die adik beradik. walaupun selalu bergaduh, tapi sayang tu tetap ada.



kalau takde ni,





takde la ni,





kan kan ? renung renungkan laa. :)

psst, sweet gile gambar brother sister kissing tu. touching sikit. huhu