Saturday, April 16, 2011

At Home...

bersawang serta berhantu dah blog aku. huhu. ntah ape cite pun dah taktau. lame sangat tinggal. kalau orang pregnant ni, dah bersalin, anak dah boleh berjalan. huhu. okay la, okay la. aku dah diterima sambung study kat UTHM Batu Pahat. dah setahun pun. see, lame kan ? :p

JB dengan Batu Pahat, dalam peta nampak je dekat. sebab peta tu kecik. haha. actually ia amat lah jauh. 3 minggu baru sampai, kalau jalan kaki. haha. satu jam je kalau naik kereta. ade orang boleh balik tiap tiap minggu. tapi aku rasa macam tak sempat je. sampai sampai rumah dah penat, mandi mandi terus tido. gaya tido macam dah taknak bangun terus. haha. agak agak matahari terbit sampai dah nak terbenam balik, baru bangun. huhu. pastu nak basuh baju lagi. tengok Spongebob lagi (yang ni wajib!) hehe. pejam celik pejam celik tak pejam pejam dah, terbeliak je mata. tengok tengok dah sampai masa kene balik u. kelam kabut pun ade jugak. lain la kalau aku boleh lipat peta tu, dekatkan JB dengan Batu Pahat. boleh la aku ulang alik hari hari. hehe. so, kesimpulannya, aku balik bila ade cuti je. tapi ade jugak aku balik jumaat, sabtu, ahad. depends on time. :)

and now, aku betul betul berada di rumah. member aku pun join tido rumah aku jugak. Yun & Afi. seronok dapat lepak kat rumah dengan diorang. bukan senang nak dapat lepak. even kat kampus pun tak sempat, masing masing busy dengan hal masing masing. ade yang dating. haha. jadi, mase sekarang ni la dapat meluangkan masa bersama, bergosip, dan juga melucah. opps ! haha. still lagi macam dulu ye. :p

akhir kata, aku dah tak sekreatif dulu lagi. idea dah botak. kene cari ilham dulu la before menulis. tengok video sikit ke. haha. till then, tunggu lagi la carutan aku, ehh silap, coretan aku akan datang. hee.

bye. :*

No comments: